0
Alatan Jahitan Asas
Assalamualaikum pembuka bicara. Adakah anda sudah bersedia untuk mengikuti tajuk pertama dalam blog ini? Kalau sudah bersedia, mari kita berkenal-kenalan terlebih dahulu dengan alat-alat jahitan asas yang mudah dijumpai dan mungkin anda kenali. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai alat jahitan asas yang sesuai digunakan untuk mempelajari tajuk-tajuk kecil dalam topik Jahitan Kemahiran Hidup. Namun begitu, tidak semua orang mengetahui kegunaan sebenar alatan jahitan tersebut. Bacalah dengan tenang post di bawah agar ilmu yang dipelajari dapat difahami dengan lebih mendalam. Layan~ (^_^)
1. Gunting
- Gunakan gunting yang diperbuat daripada keluli berkilat.
- Panjang gunting hendaklah tidak kurang daripada 20 cm dan bermata tajam.
- Gunakannya untuk menggunting fabrik sahaja.
- Kesat mata gunting supaya bersih dan kering sebelum disimpan.
- Untuk memotong kain dan benang.
2. Jarum
- Sediakan beberapa batang jarum yang sesuai dengan berbagai-bagai jenis fabrik, benang, benang dan kerja yang hendak dibuat.
- Saiz jarum ditentukan mengikut nombornya. Jarum yang kasar bernombor besar.
- Jarum bernombor 7 – 9 digunakan untuk jahitan tangan biasa.
- Simpan jarum di dalam kertas pembungkusnya atau di dalam kotak jarum.
- Untuk membuat jahitan di atas fabrik.
3. Jarum Peniti
- Gunakan jarum peniti yang halus dam tajam dan yang diperbuat daripada keluli berkilat supaya ia tidak meninggalkan kesan pada fabrik.
- Cucuk jarum peniti pada span kotak jarum peniti semasa menjahit.
- Simpan di dalam kotak selepas menggunakannya.
- Untuk menyemat kain dan kertas ketika memotong dan menjahit artikel.
4. Pita Ukur
- Panjang pita ukur yang biasa ialah 150 cm.
- Gunakan pita ukur yang berkualiti iaitu tidak mudah memeri dan berbulu.
- Pilih pita ukur yang bertanda dengan terang dan berlogam pada kedua-dua hujungnya.
- Untuk mengukur di atas kain dan kertas
5. Benang
- Pilih benang yang sesuai dengan fabrik yang hendak dijahit.
- Gunakan benang nombor 40 atau 50 untuk jahitan biasa dan nombor 70 untuk fabrik halus.
- Gunakan benang yang sepadan warnanya dengan warna fabrik atau lebih gelap daripada warna fabrik.
- Jenis benang adalah seperti benang jahit dan benang sulam.
6. Penetas Jahitan
- Digunakan untuk menanggalkan benang jelujur atau menetaskan jahitan.
- Untuk membuka semula jahitan yang silap.
7. Kapur Penanda
- Untuk menanda garisan potongan dan jahitan