0

Jahitan Hiasan

Bismillahhirrahmanirrahim. Are u ready for our next lesson? Mesti anda semua sudah tidak sabar-sabar untuk mengetahui dengan lebih lanjut entri pada kali ini bukan? This time, we will learn how to make decorative stitches. Sambil belajar menghias jahitan, kita belajar juga untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Layan~ (^_^)



Tampal Hias

  • Tampal hias ialah tampalan satu atau lebih kepingan fabrik yang berbentuk atau kepingan motif daripada fabrik ditampal dan dijahit ke atas pakaian atau artikel.


Tampal Cantum

  • Tampal cantum ialah cantuman beberapa keping fabrik yang sama warna atau berlainan warna, corak, bentuk dan saiz untuk menghasilkan corak yang menarik. Kepingan fabrik dicantumkan dengan mata jahitan lilit ubi untuk menghasilkan satu motif atau gambar. Motif ini kemudiannya dijahit ke atas artikel atau pakaian sebagai hiasan. Tampal cantum juga boleh dijadikan artikel besar seperti selimut, kusyen dan beg.


Jahitan Sulaman

  • Sesuatu hiasan boleh dijahit dengan mata jahitan sulaman untuk mendapatkan satu motif yang menarik. Motif yang hendak dihasilkan boleh dijahit dengan hanya satu rupa mata jahitan seperti gambar yang dihasilkan dengan mata jahitan silang pangkah. Kombinasi dua atau lebih mata jahitan sulaman boleh diaplikasikan untuk menghasilkan satu motif yang menarik. Mata jahitan sulaman juga boleh diguna bersama tampal hias supaya hiasan menjadi lebih kreatif.


Kuilting

  • Kuilting ialah corak yang timbul yang dihasilkan daripada tiga lapisan fabrik dilapik dengan wadding atau span nipis di tengah-tengah dan dilapis dengan sehelai kain di sebelah belakang lalu dijahit ketiga-tiga lapisan tersebut.

Copyright © 2009 Jahit : Menjahit All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.