0

Jenis-jenis jahitan

Syukran Jazilan kepada semua yang masih setia mengikuti Jahit : Menjahit. Pada entri kali ini, mari kita mengenali beberapa jenis jahitan yang boleh kita gunakan untuk menjahit fabrik. Ada berapa jenis jahitan kesemuanya? Ada perbezaan ke antara jahitan-jahitan tersebut? Jahitan mana yang paling kukuh? Layan~ (^_^)

Jahitan pada asasnya boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan berikut:

1. Jahitan Sementara:
  • Jelujur sama panjang, jelujur panjang pendek, jelujur tegak, jelujur jahitan tanda.

2. Jahitan Penyambung:
  • Jelujur halus, jahit kia, jahit lilit ubi, dan jahit mesin.

3. Jahitan Pengemas:
  • Sembat, sembat susup, lilit kemas, insang pari, jahit lubang butang, silang pangkah.

4. Jahitan Sulaman:
  • Jahit rantai, jahit batang, jahit kuku kambing, simpul perancis, jahit padu, insang pari dan silang pangkah.

1. Jahitan Sementara
  • Jahitan sementara terdiri daripada jenis-jenis jelujur.
  • Ia akan ditanggalkan apabila mata jahitan kekal dijahit.
  • Benang yang digunakan adalah lembut, halus dan mudah putus.
  • Pilih benang yang berwarna muda kerana ia senang kelihatan dan tidak meninggalkan kesan diatas kain selepas dibuka.
  • Jahitan sementara biasanya dijahit dengan menggunakan satu lembar benang kecuali jelujur tanda.
  • Jahitan boleh dikerjakan pada sebelah luar atau sebelah dalam kain dari kanan ke kiri.
  • Jarum yang biasa digunakan adalah jenis yang tajam atau antara yang halus.

2. Jahitan Penyambung
  • Jahitan penyambung adalah kekal dan mesti dijahit dengan kukuh. Kegunaannya adalah untuk menyambung dua atau lebih kepingan kain.
  • Benang yang digunakan mesti padan dengan kain yang dijahit dan warnanya. Jenis-jenis jahitan penyambung ialah jahitan mesin, jelujur halus, jahit kia dan jahit lilit ubi.

3. Jahitan Pengemas
  • Jahitan pengemas adalah jahitan yang kekal. Ia digunakan untuk mengekalkan kelepet, lipatan atau mengemaskan tepi kain.

4. Jahitan Sulaman
  • Digunakan terutamanya untuk jahitan biasa ataupun untuk menghias pakaian, barang-barang peribadi dan alat kelengkapan rumahtangga. Beberapa jenis jahitan sulaman boleh digunakan bersama-sama untuk memberi rupa dan kesan kepada motif. Saiz jahitan boleh diubahsuai mengikut motif yang dijahit. Pada asasnya semua jenis jahitan boleh dijadikan hiasan jika ianya dapat dihasilkan dan digabungkan dengan jahitan-jahitan lain agar lebih menarik. Antara contoh jahitan sulaman adalah seperti berikut:
Jelujur Halus
Jahitan Batang
Bulu Ayam
Bunga Padi
Jelujur Berlilit 
Jahitan Lurus 
Jel Panjang Pendek
Jahitan Kia 
Jahitan Rantai 
Suji Bilang 
Silang Pangkah 
Jahitan Sulam

Copyright © 2009 Jahit : Menjahit All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.