0

Panduan Memilih stail Pakaian

Entri kali ini agak terkeluar dari silibus mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah. Namun begitu, entri kali ini sangat berkait rapat dengan kehidupan anda semua. Stail Pakaian! Adakah anda tahu stail yang sesuai dengan anda? Adakah anda merupakan seorang yang bijak dan mahir dalam memilih stail pakaian? Jika anda ingin mengetahui tentang stail pakaian yang sesuai dengan anda lebih lanjut, ikuti entri ini. Harap maklumat ini dapat membantu anda semua untuk membuat pemilihan stail pakaian yang lebih sesuai pada masa akan datang. Layan~ (^_^)


Tinggi dan Gempal

    • Fabrik: nipis, lembut sederhana, tebal dan lembut.
    • Warna: lembut dan gelap.
    • Corak: tegak, saiz sederhana.


    Tinggi dan Langsing

      • Fabrik: sederhana tebal.
      • Warna: terang dan cerah.
      • Corak: melintang, tabur dan lebar saiz besar.


      Rendah dan Gempal

        • Fabrik: sederhana nipis, lembut.
        • Warna: lembut dan gelap.
        • Corak: tabur saiz kecil, tegak, dan serong.


        Rendah dan Kurus

          • Fabrik: sederhana tebal.
          • Warna: cerah dan terang.
          • Corak: kombinasi tegak dan melintang, tabur saiz besar.

          Copyright © 2009 Jahit : Menjahit All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.