3

Jom cuba !

Ahlan Wasahlan Wa Marhabanbikum. Mari-mari rapat semua. Pada entri kali ini, saya menyediakan satu latihan berbentuk hiburan untuk anda 'DIY':do it yourself. Anda telah mengenali beberapa jenis mesin jahitan pada entri yang lalu. Maka, pada kali ini, anda boleh mencuba untuk mengikuti latihan menggunakan mesin jahitan ini. Layan~ (^_^)








Apa yang perlu anda lakukan? Apa kaitannya dua lukisan di atas dengan latihan menggunakan mesin jahitan? Ikuti langkah-langkah di bawah:
  • Sediakan corak seperti di atas pada sehelai kertas. 
  • Dengan menggunakan mesin tanpa benang, ikut garisan yang dilukis.
  • Ulang langakh kedua sehingga anda berjaya memahirkan diri menjahit tanpa benang.
  • Kemudian, cuba jahit pada kertas tersebut menggunakan benang.
  • Akhir sekali, gantikan corak pada kertas tersebut dengan corak-corak lain yang disukai.
Apa tujuan anda berlatih mengikut latihan ini? Seronok ke belajar dengan latihan ini? Sabar, cuba dahulu. Latihan ini adalah bertujuan untuk memahirkan diri dan mengingatkan tentang cara menjahit yang betul. Jadi, cuba dahulu latihan ini seperti yang dinyatakan, nescaya anda akan berasa sangat seronok. (^_^)

Copyright © 2009 Jahit : Menjahit All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.